Wednesday, February 8, 2012

Kontrak Baru RM2 juta Safee Sali Bersama Pelita Jaya

Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta, iaitu kenaikan sekali ganda nilai tahunan kontrak Safee bagi tempoh dua musim akan datang yang berakhir Januari 31, 2012.

Pakej termasuk gaji (RM30,000 sebulan), bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan kelab serta hak imej (image rights) bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

Pelita Jaya Cronus yang pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya.

Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk pemberian saham pemilikan akademi itu bagi masa depan Safee.

Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya nanti.

Mohd Safee Sali
Tarikh Lahir: Januari 29, 1984 (28 tahun)
Tempat Lahir: Tapah, Perak

Kelab/Pasukan
2003 - Telekom Malaysia FC
2003-2005 - Kuala Lumpur
2005-2006 - Sarawak
2006-2011 Selangor
2011 Pelita Jaya FC

Pasukan Kebangsaan
2004-2007 - Pasukan Bawah 23 tahun
sejak 2006 - Pasukan senior kebangsaan