Skuad Hoben Jang Hoben akan menentang Harimau A dalam saingan Liga Super, sabtu ini dia percaya pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan berada pada tahap terbaik dari segi mental dan fizikal untuk mengutip mata penuh di laman sendiri.
" Sebagai antara pemain yang sudah lama bersama Negeri Sembilan, saya dapat rasakan persiapan yang di buat kali ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini dan saya amat yakin kami mampu melangkah lebih jauh terutama dalam merealisasikan sasaran pengurusan pasukan merangkul tiga kejuaraan. " Kehadiran ramai pemain berprestasi sudah pasti dapat membantu merealisasikan sasaran itu walaupun saya akui cabaran yang bakal dilalui nanti dijangka lebih mencabar berikutan setiap pasukan yang bersaing turut memiliki kekuatan tersendiri, " katanya semalam.
Selain mengekalkan beberapa pemain berpengalaman musim lalu seperti Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Shahurain Abu Samah dan S Kunalan, Negeri Sembilan turut diperkuatkan dengan tujuh pemain baru, iaitu Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakhri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan G. Mahathevan.