Thursday, January 27, 2011

MSL angkat martabat bola sepak


pasukan akan dapat wang kocek, geran tahunan di bawah pengurusan baru

IMEJ bola sepak Liga Super Malaysia ( MSL ) bakal mengalami transformasi di bawah
pengurusan baru apabila pasukan dan kelab bakal mendapat wang kocek tambahan selain geran tahunan disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ).

Mahu lebih kerap turun padang mendengar permasalahan persatuan negeri dan kelab-kelab lain, Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa akan membawa cadangan kepada Jawatankuasa Kewangan kepada pasukan bertanding yang mana perlawanannya ditayangkan secara langsung di televisyen.

Katanya, pasukan yang bertanding dalam liga super juga akan di beri bayaran sebagai imbuhan kepada pasukan yang berjaya layak dalam liga itu bagi memberi sumber kewangan untuk menjadikan saingan liga tempatan lebih kompetitif. " Jika dulu hanya pasukan yang berkedudukan satu hingga tiga mendapat imbuhan dan kini kita akan cari suatu kaedah dimana pasukan di tempat ke 14 juga akan mendapat duit, walaubagaimanapun ia bergantung kepada kedudukan pasukan tersebut di dalama liga".

Mengenai status penaja utama, Tan Sri Annuar berkata perkara itu kini sudah 80 peratus di peringkat perbincangan dan akan diputuskan Astro, penaja bersama MSL dalam masa terdekat tetapi yang pastinya keputusan itu akan diketahui selepas perlawanan Sumbangsih pada sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO ) MSL yang baru dilantik November lalu, Stuart Ramalingam yang juga perunding bagi FIFA ( Profesionalisation Consultant and Regional Instructor FIFA ), berazam membantu pasukan dan kelab bola sepak untuk menambah pendapatan menerusi pemasaran dan pengiklanan.