Friday, January 28, 2011

Dollah Dalam Delima

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengaku berada dalam dilema selepas semua pemainnya menunjukkan prestasi mantap menjelang aksi pembukaan Liga Super, Sabtu ini.

Menurut Dollah, prestasi dan komitmen mengkagumkan menjelang pertemuan dengan Perlis di Stadium Darulmakmur malam esok menyebabkannya serba salah.

" Musim lalu, saya tidak dapat menyenaraikan kesebelasan utama disebabkan masalah kecederaan. Musim ini, saya perlu membuat pilihan bijak. "

Segala yang dilakukan untuk menyenaraikan 11 pemain terbaik menghadapi Perlis. Sabtu ini diharap menghidangkan kemenangan pertama.

" Bukan saja belum dapat menyenaraikan kesebelasan utama, senarai 18 pemain Pahang pun sukar, " katanya semalam.

Setakat ini, senarai 18 pemain itu belum diputuskan dan Dollah, barisan pemain Pahang musim ini memang berbeza berbanding musim lalu kerana memperlihatkan peningkatan membanggakan.

" Pemain yang di pilih di harap mempamerkan corak permainan mantap terutama menjadikan perlawanan pertama ini sebagai pencetus semangat "