"Saya terlebih dahulu memberitahu Sathia mengenai perkembangan ini kerana mahu jurulatih baru dapat bekerjasama dengannya. Saya membuat keputusan Karathu adalah calon sesuai dan sudah menghubungi bekas jurulatih Perak itu untuk hadir, " kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual dalam satu program bual bicara bola sepak Formasi terbitan Astro Arena, malam tadi. Beliau juga berkata Karathu akan bertemu Skuad Negeri, hari ini dan difahamkan akan membimbing pasukan dalam perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Kelantan, juara Piala Malaysia 2010 terpaksa mencari jurulatih baru selepas Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman pergantungan enam bulan keatas Sathia gara-gara kesalahannya mengkritik jadual perlawanan Liga Super, tahun lalu.
Karathu pernah bersama Kelantan selama semusim pada 1993.