Sunday, April 15, 2012

Windows 8... apa yang perlu anda tahu

Setelah sekian lama meninggalkan dunia newz@sharingnewz disebabkan tanggungjawab selaku pelajar dan kesibukan mempelajari ilmu baru dalam dunia web designing, kali ini tibalah masa untuk update post terbaru.
Sebelum ini ada sahabat request untuk tahu tentang windows 8 yang makin tersebar dengan meluas kebelakangan ini. Untuk makluman, Windows 8 di jangkakan akan di lancarkan di pertengahan tahun hadapan. Namun sedikit sebanyak review daripada Windows 8 telah pun disebarkan sejak beberapa bulan lepas. Jadi, kalau ada yang ingin tahu sedikit sebanyak pasal Windows 8. Kita akan kongsikan sedikit sebanyak di sini.
Kalau kamu pernah lihat review daripada Windows 8, kamu akan perasan yang Window 8 ini jauh berbeza daripada version-version Windows yang terdahulu. Bahkan, ianya lebih kelihatan seperti smartphone Windows 7 dan ianya bukan sekadar kebetulan kalau anda perasan dalam Windows 7 sebelum ini, ada application bernama Window Media Center yang mana GUI mempunyai ciri-ciri seperti Windows 8.
Windows 8 direka untuk melangkaui market tauch-screen tablets, convertible laptops dan all-in-one desktop PCs tapi masih mampu mantain dalam laptop biasa dan desktop PCs yang tiada function touch screens.
Walaupun GUI nya sedemikian, ianya masih mampu untuk run mana-mana software seperti  Microsoft Office, Adobe Photoshop, games dan banyak lagi sama seperti Windows sebelumnya. Semasa kamu running programs, Windows 8 befungsi sama seperti Windows 7, dan ianya akan run pada hardware yang sama. Bahkan, Microsoft telah bertungkus lumus untuk menghasilkan Windows yang lebih efficient, jadi jika kamu pernah memiliki atau merancang untuk membeli PC yang menggunakan Windows 7 atau Vista, kamu akan rasa lebih berbaloi dengan kehadiran Windows 8. Ianya kelihatan PC kamu mampu menjalankan dua jenis applications — desktop dan immersive.
Microsoft telah membawa “wajah baru” kepada icon Windows kerana kebanyakan icon yang kita lihat sejak 1980s telah berubah. Contohnya icon baru a.k.a “Live Tiles” untuk application email tidak lagi statik bahkan sentiasa menunjukkan emails baru yang kamu ada, begitu juga dengan clock tile yang sentiasa menunjukkan masa. Live tiles membuatkan screen kamu “glanceable”, jadi kamu dapat melihat info-info up-to-date dalam Windows kamu tanpa perlu mencarinya satu-persatu. Hebat tak????
Dan ada satu lagi yang paling hebat digempar gempurkan dari Windows 8 adalah ianya mampu di run pada ARM processors seperti Qualicomm Snapdragon dan Nvidia Tegra, bukan sekadar pada Intel atau AMD processors. (Untuk pengetahuan, ARM chips biasanya digunakan dalam smart phones dan tablets.) Ianya lebih lemah berbanding dengan Intel Core processors. Ini bermakna Windows 8 ini hanya menggunakan sedikit power dan generate kurang heat daripada OS biasa.
Banyak lagi info yang menarik untuk dikongsi tentang Windows 8 tapi memandangkan waktu untuk aku terlalu terhad. So, kita kongsi setakat inilah dahulu. Untuk further story, we talk later. Memandangkan perjalanan Windows 8 masih lagi jauh dan target release date pun tahun depan. Buat apa Microsoft nak menunjuk lebih-lebih sekarang. Kan???
Apa-apa pun info setakat ini amatlah menarik kan???sampaikan dianggarkan penjualan Windows 8 dapat melangkaui penjualan Windows 7, yang mana merupakan antara Windows yang terpantas di jual setakat ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja lah yea….
Oh ya! Sebelum berundur, ada sedikit video review yang diambil daripada Microsoft tentang Windows 8. Sebagai tatapan ringan. Moga terhibur^_^.
Windows 8 release tahun depan. Tapi kenapa ada yang kata dah ada???
Jawapannya, memang betul ianya akan direleasekan tahun hadapan. Yang dah ada tu sebenarnya hanyalah first special edition for developers yang mana ianya boleh didapati dari Microsoft dan ianya masih belum complete lagi. Sejujurnya aku pun masih belum mencuba lagi tapi khabarnya ada beberapa problems yang terhasil sepanjang penggunaannya.