Monday, January 31, 2011

Arsenal Beat Manchester City To Secure £10m Deal For Southampton Star Alex Oxlade-Chamberlain


Alex Oxlade-Chamberlain has agreed in principle to joinArsenal and is set to link up with the Premier League club in the summer, Goal.com UK can reveal. Arsenal and Southampton were today locked in talks over the structure of the deal, which will be worth £10 million including performance and appearance-related add-ons. Oxlade-Chamberlain’s switch will be completed either today with a loan back to St Mary’s until the end of the season or a pre-agreement will be put in place for the teen sensation to move to the Gunners in the summer. It is understood that Manchester City have been the only club other than Arsenal to table a formal bid for Oxlade-Chamberlain but the 17-year-old was not interested in moving to the City of Manchester Stadium and was concerned by the army of talent blocking his path to the first team. Liverpool, Manchester United and Fulham also made firm enquiries but were told that the teenager had made his mind up to join Arsene Wenger’s team and follow the path trodden by former Southampton wonderkid Theo Walcott.

Arsenal made their move with an official bid at the start of last week, as had been exclusively revealed by Goal.com UK. The deal has been complicated by Wenger’s unwillingness to bow to Southampton and the player’s wishes by allowing him to go back on loan for the rest of the season. It is believed that the Arsenal manager wanted to keep a close eye on Oxlade-Chamberlain and monitor his progress at the club’s London Colney training headquarters. But the player and his advisers believe he would benefit from playing regularly and trying to help Southampton win promotion to the Championship. Oxlade-Chamberlain became the second youngest debutant - behind Walcott - in the League One club’s history in March when he made his first Southampton appearance aged 16 years and 199 days. He has established himself as a first-team regular this season with a string of eye-catching performances and was extremely impressive when he was thrust into the spotlight against Manchester United in the Saints’ 2-1 FA Cup defeat on Saturday.

Luis Suarez sertai Liverpool

Liverpool mengesahkan bahawa penyerang, Luis Suarez telah berjaya melalui ujian perubatan dengan kelab dan mereka berharap dapat membawanya lewat Isnin.

Liverpool bersetuju yuran sebanyak Euro 26.5juta dengan kelab Ajax untuk mendapatkan penyerang Uruguay itu pada hari Jumaat selepas rundingan telah berjalan untuk beberapa minggu.

Keterangan akhir yang diharapkan dapat diselesaikan esok pagi menurut juru bicara Liverpool:

"Luis Suarez berjaya melalui ujian perubatan dan kontrak peribadi dengan pemain telah dipersetujuai. Kami berharap dapat menyelesaikan kertas kerja esok (isnin).."

Musim lepas penyerang, yang turut boleh bermain di bahagian sayap, mencatat 49 gol dalam semua pertandingan untuk Ajax dan juga membintangi pasukan kebangsaan Uruguay di Piala Dunia 2010 dengan tiga gol.

Friday, January 28, 2011

LOGO BARU LIGA M ????

Sumber mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia akan mengumumkan logo baru saingan Liga Malaysia pada minggu hadapan. Pengumuman dijangka akan dibuat oleh Timbalan Presiden FAM pada sesi taklimat pasukan rabu ini.

walau apa pun logo yang akan dipilih, kami rakyat Malaysia berharap agar Liga Malaysia akan terus berkembang dan mampu untuk menjadi tonggak demi membawa serta mengetengahkan bakat-bakat hebat di negara kita, sekaligus menjadikan pasukan kebangsaan sebuah kuasa bola sepak dunia.

SIAPA JUARA......!!!

Dollah Dalam Delima

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengaku berada dalam dilema selepas semua pemainnya menunjukkan prestasi mantap menjelang aksi pembukaan Liga Super, Sabtu ini.

Menurut Dollah, prestasi dan komitmen mengkagumkan menjelang pertemuan dengan Perlis di Stadium Darulmakmur malam esok menyebabkannya serba salah.

" Musim lalu, saya tidak dapat menyenaraikan kesebelasan utama disebabkan masalah kecederaan. Musim ini, saya perlu membuat pilihan bijak. "

Segala yang dilakukan untuk menyenaraikan 11 pemain terbaik menghadapi Perlis. Sabtu ini diharap menghidangkan kemenangan pertama.

" Bukan saja belum dapat menyenaraikan kesebelasan utama, senarai 18 pemain Pahang pun sukar, " katanya semalam.

Setakat ini, senarai 18 pemain itu belum diputuskan dan Dollah, barisan pemain Pahang musim ini memang berbeza berbanding musim lalu kerana memperlihatkan peningkatan membanggakan.

" Pemain yang di pilih di harap mempamerkan corak permainan mantap terutama menjadikan perlawanan pertama ini sebagai pencetus semangat "

Thursday, January 27, 2011

N9 bakal gegar Liga M

Tonggak Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yakin dia dan rakan seperjuangan bakal tampil dengan persembahan lebih meyakinkan selepas diperkuatkan dengan ramai pemain kebangsaan dan berpengalaman, termasuk tujuh lagi pemain baru bagi menggalas cabaran musim ini.

Skuad Hoben Jang Hoben akan menentang Harimau A dalam saingan Liga Super, sabtu ini dia percaya pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan berada pada tahap terbaik dari segi mental dan fizikal untuk mengutip mata penuh di laman sendiri.

" Sebagai antara pemain yang sudah lama bersama Negeri Sembilan, saya dapat rasakan persiapan yang di buat kali ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini dan saya amat yakin kami mampu melangkah lebih jauh terutama dalam merealisasikan sasaran pengurusan pasukan merangkul tiga kejuaraan. " Kehadiran ramai pemain berprestasi sudah pasti dapat membantu merealisasikan sasaran itu walaupun saya akui cabaran yang bakal dilalui nanti dijangka lebih mencabar berikutan setiap pasukan yang bersaing turut memiliki kekuatan tersendiri, " katanya semalam.

Selain mengekalkan beberapa pemain berpengalaman musim lalu seperti Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Shahurain Abu Samah dan S Kunalan, Negeri Sembilan turut diperkuatkan dengan tujuh pemain baru, iaitu Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakhri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan G. Mahathevan.

Karathu dilantik jurulatih Kelantan

Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) menamatkan segala spekulasi apabila melantik Datuk M Karathu selaku jurulatih baru skuad The Red Warriors bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia musim ini.

Perlantikan baru itu adalah untuk mengisi kekosongan ditinggalkan B Satianathan yang terpaksa digugurkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) bertegas mengekalkan hukuman asal enam bulan ke atas bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

"Saya terlebih dahulu memberitahu Sathia mengenai perkembangan ini kerana mahu jurulatih baru dapat bekerjasama dengannya. Saya membuat keputusan Karathu adalah calon sesuai dan sudah menghubungi bekas jurulatih Perak itu untuk hadir, " kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual dalam satu program bual bicara bola sepak Formasi terbitan Astro Arena, malam tadi. Beliau juga berkata Karathu akan bertemu Skuad Negeri, hari ini dan difahamkan akan membimbing pasukan dalam perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010 terpaksa mencari jurulatih baru selepas Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman pergantungan enam bulan keatas Sathia gara-gara kesalahannya mengkritik jadual perlawanan Liga Super, tahun lalu.

Karathu pernah bersama Kelantan selama semusim pada 1993.

MSL angkat martabat bola sepak


pasukan akan dapat wang kocek, geran tahunan di bawah pengurusan baru

IMEJ bola sepak Liga Super Malaysia ( MSL ) bakal mengalami transformasi di bawah
pengurusan baru apabila pasukan dan kelab bakal mendapat wang kocek tambahan selain geran tahunan disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ).

Mahu lebih kerap turun padang mendengar permasalahan persatuan negeri dan kelab-kelab lain, Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa akan membawa cadangan kepada Jawatankuasa Kewangan kepada pasukan bertanding yang mana perlawanannya ditayangkan secara langsung di televisyen.

Katanya, pasukan yang bertanding dalam liga super juga akan di beri bayaran sebagai imbuhan kepada pasukan yang berjaya layak dalam liga itu bagi memberi sumber kewangan untuk menjadikan saingan liga tempatan lebih kompetitif. " Jika dulu hanya pasukan yang berkedudukan satu hingga tiga mendapat imbuhan dan kini kita akan cari suatu kaedah dimana pasukan di tempat ke 14 juga akan mendapat duit, walaubagaimanapun ia bergantung kepada kedudukan pasukan tersebut di dalama liga".

Mengenai status penaja utama, Tan Sri Annuar berkata perkara itu kini sudah 80 peratus di peringkat perbincangan dan akan diputuskan Astro, penaja bersama MSL dalam masa terdekat tetapi yang pastinya keputusan itu akan diketahui selepas perlawanan Sumbangsih pada sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO ) MSL yang baru dilantik November lalu, Stuart Ramalingam yang juga perunding bagi FIFA ( Profesionalisation Consultant and Regional Instructor FIFA ), berazam membantu pasukan dan kelab bola sepak untuk menambah pendapatan menerusi pemasaran dan pengiklanan.


Wednesday, January 26, 2011


Liga Super Malaysia 2011


ASTRO MEDIA JADI RAKAN PENAJA LIGA MALAYSIA



Astro media telah bersetuju menjadi penaja bersama Liga Malaysia dengan penajaan bernilai RM220 juta bagi tempoh empat tahun. Penajaan itu meliputi hak penyiaran bernilai RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 juta bagi kegiatan promosi oleh stesen satelit berbayar itu. " Astro merupakan satu daripada bakal penaja yang membida dan kami putuskan untuk memilih mereka sebagai rakan kongsi dan rakan media dengan memberikan hak tertentu perlawanan Liga M termasuk hak penyiaran, " kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selepas mesyuarat khas Exco FAM, Ahad lalu, di Wisma FAM.

"bagaimanapun, ini tidak bermakna Astro Media akan menjadi penaja utama Liga dan mana-mana syarikat yang mahu membuat urusan penajaan, boleh berunding denganya. Menurut Tan Sri Annuar, kedudukan RTM yang sebelum ini penyiar rasmi liga, tidak terjejas malah semua saluran TV lain termasuk yang percuma malah media baru seperti TV Internet boleh bekerjasama dengan Astro dan RTM bebas untuk berunding mengenainya melalui Astro Media. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh KDYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM.

"Selain itu kami akan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang memantau kerjasama ini kerana keuntungan lebih RM30 juta bakal dikongsi bersama FAM dan Astro Media." katanya lagi.

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini menjadi penaja utama Liga Malaysia sejak 2001 dan kontrak itu akan berakhir pada 26 januari 2011. Penajaan ini hanya untuk Liga Malaysia iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Presiden tetapi Astro Media diberikan hak sebagai rakan media bagi kegiatan pasukan kebangsaan, pembangunan belia dan wanita mahupun kejohanan-kejohanan lain, tambah Tan Sri Annuar.

Katanya lagi, hak penyiaran Astro juga bukan bererti hanya stesen TV satelit itu yang boleh menyiarkan perlawanan Liga M, kerana FAM tetap akan cuba menggunakan pendekatan di Eropah, yang turut membenarkan stesen TV lain menayangkan perlawanan yang berlangsung serentak.